Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 7, 2012

Sang Sushi..

Bismillah..

Pertama,entri kali ni bertajuk.. chek!

Sebelum Allah SWT nak bagi rezeki mengandung,aku selalu je baca blog ibu-ibu mengandung yang ada. Tak kesah la pasal apa sekalipun,baik mengidam,beranak,berpantang,menyusu..segalanya lah senang cerita. Pastu dok emo sorang²..laki aku tau sangat dah perangai aku..haha nak senang dia buat derk je..

Bila masuk bab mengidam ni kadang aku percaya la jugak..tapi kadang tu terfikir jugak.ke nafsu nak makan semata je.Ramai je ibu-ibu kat luar yang mengidam..macam-macam lah kan. Antara yang aku baca ada yang sebelum ni tak makan burung puyuh,time pregnant tetiba dia rasa nak makan. Bile da bersalin,langsung taknak dah..kiranya dia makan masa dia pregnant tu je..ngidam la kirenya tu kan?

So aku sekarang boleh masuk kategori tu la kiranya..yeay! (tetibe)
Seperti tajuk yang kat atas tu,benda alah tu la yang diidam-idamkan saat dan ketika ini..padahal sebelum aku tak pernah la beriya nak makan sushi tu..kalau orang tanya pun aku akan jawab yang aku tak makan sushi..serius. Memang tak pernah ada keinginan zahir batin jasmani dan rohani sesaje aku nak pi beli dan makan benda tu. Kalau laki aku tu yela,dia memang suka sangat dengan sushi tu..kalau dia paksa aku rasa pun memang sket sangat aku makan.

Untuk segmen hari ini dalam sejarah,beberapa hari lepas dengan gear otamatiknya aku mintak laki aku belikan sushi..dan bila aku makan,oh sedapnya sushi ni..gila kan? pekataan tu boleh kuar dari mulut aku yang selama ni tak penah ada hati kat sushi tu. Laki aku pulak dok buat syok nanti anak dia bajet cam anak jepun sebab aku mengidam nak makan sushi..    -____- duhh!

Jangan lepas ni aku mintak dia belikan durian plak sebab aku memang tak makan durian.
Tapi apa nak jadi kedepan ni kita tak tau kan..mana la tau kot betol-betol aku mintak nak makan nanti,nak kena amik gambar letak dalam frame tunjuk kat anak..haha

Masih ada lagi sushi dirumah..oh tak sabarnya nak balik makan!



11 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

x pernah makan itu sushi..hanyer :P

Anonymous said...

Tak penah makan sushi jugak. Durian pun tak suke. Tapi tang bajet jepon tu, kelako je baca.. mana tau dapat kulit putih gebu..

-zy-

Tembikai Laici said...

seronok naaa.. tak lama dh nk jadi mommy..
Moga2 diberikan kesehatan yg baik pd keduanya la hendaknya...
sedapnyerrr sushi.. unagi.. yummy!

ieza ashaari said...

uwek.. sedap ke sushi.. mak pun selalu ckp, kang mengandung ngidam ntah apa2.. huhu..

jaga diri elok2.. seronoknya dah berbadan dua. doakan kami.. :)

Jna marcello said...

hyee kak wani..1st time ni Na datg singgah blog kak wani hihihi =D

selamat kak wani mengidam makanan yg senang dapat..ade ritu Na terbace blog mana ntah bini dye mengidam bau tayar lori... pelik ke tak pelik heheheh

anywy jaga diri bebaik..

Cik Ai said...

x penah gak makan sushi..rs cam x lalu lah..cam leh terima jak..

eh kita sama lah,x makan durian..skang suma org tgh gila duraian crepe kan,x tahu lah apa rsnya :)

Unknown said...

assalamualaikum cik puan wani^^ BW dan follow sini. selamat ye!mesti happy nak dapat baby kan? huhu. sy jumpa link blog cik puan wani kat husband cik puan wani punye blog. hehe. first time jumpa sorang husband yang letak link blog wife dia. *okay cik puan wani.sila bangga.dan bakal baby japanface, sila bergerak happy..heee... hm.rasa da panjang sgt da ni taip. hee. selamat ye cik puan wani. semoga sentiasa sbwh lembayung kaseh sygNya :) <3

Nastyna said...

congratulations mommy in the making. Time pregnant yg best tu la kan, boleh makan hampir apa sahaja. Maybe someone already mention kat u kot yg tak digalakkan makan ikan mentah time pregnant. very very sorry dear bukan nak mengajar or telling u whats good whats not, just sharing.

Time I pregnant dulu pun siap uncle kat restaurant tu cakap rasa sikit boleh tapi jangan banyak2, I dont know why. (I pun bukan penggemar sushi, time pregnant jer tetiba hahaha)

Salam kenal.

Cik Puan Wani said...

teringin mkn sushi tu time nak aritu je..tu pun pilih yang toping tak pelik²..haha
pernah juga baca pasal tu..nasib baik tak melarat ngidam sushi lama².

Nastyna said...

hahaha topping tu yg penting. I rasa mmg la, benda yg takleh tu la yg kita duk nak. antara cabaran mengandung hihi.

Puan Kutu said...

org mengandung je faham nafsu dan mengidam org memgandung nie..nak sekarang dh rasa sendiri kan..:)